Bercuti.

Burrp.

Baru lepas lunch. Haha. Kedai bawah opis ni dah lebih 4 bulan buat set makan tengah hari for RM8 termasuk air. Kalau diikutkan hari hari makan sini, boleh muak jugak sebenarnya. Elak aku boleh tahu resipi dari makan je nanti. Haha. Lepas makan ni, standard la. Mengantuk Ya Rabbana. Dekat sini masa flexible. Kau rehat lambat, kau naik la lambat gitu. Bos aku baik orangnya. Dia tak berapa mengira sangat. Kalau berbual pun macam dengan member member. Kadang bual pasal game. Seronok la. Dulu lepas belajar aku practical sini. Bos aku la gigih datang pagi pagi nak tolong aku buat Thesis. Akhirnya dengan bantuan dia, aku dapat best presentation kot. Thesis tu aku tak tau. Tunggu je la masa convo nanti. Aku memang aim nak dapat pelajar terbaik ILP satu Malaysia. Hari tu dapat pelajar terbaik satu ILP pun aku dah cukup bersyukur. Tak salah pun nak aim tinggi tinggi. Nawaitunya nak banggakan ibu bapa. Itu je.

Sekarang dah kerja. Alhamdulillah. Allah dah mudahkan jalan. Tak payah cari kerja lepas practical. Terus kena serap masuk. So, belajar pun dah teruk, kerja pun sampai lembik badan..


MASA UNTUK BERCUTI!

Tak sabar rasanya nak start buat travelogue. Macam macam nak share. Aku dengan kawan masih lagi tengah consider nak pergi mana. Sebenarnya dah plan dah nak pergi mana. Siap buat itineary. Tapi tengok la macam mana. Korang ada cadangan ke? Nak tau tak kemana kitorang plan nak pergi? Ke nak surprise and tunggu travelogue kami?

Hihi. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang. 

Group dekat FB pun banyak membantu dalam cari tips atau perkongsian dari diorang yang kaki travel ni. Korang search je la. Confirm ada. Tengok diorang berjalan sakan. Rasa macam nak join sekali pun ada. Haha. Ye la bila lagi nak tengok dunia? 

Harapnya lepas ni penuh la dengan adventure kami berdua. Instagram pun penuh dengan hashtag kami melihat dunia. Fuhh.

Tazabar.
AisyaAzman

--------------------


Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

No comments :

Post a Comment

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED