Do you smule?

Morning!

Its Monday morning, i am dead sleepy. Mana taknya *refer previous entry sini*. Kan? Gigih nau. Endingnya macam sendu jugak aku tengok. Tak apa, balik kerja ni aku nak ubah lagi sana sini. Its a very beautiful morning indeed. Sebab dia macam sejuk sejuk nak hujan gitu. Dalam pada aku atas motor, aku dah rasa titik titik halus air hujan jatuh ke bibir. Syahdu je. Sengaja bukak visor nak rasa angin dingin nan damai.. walaupun tengah bandar. What a bummer. Nikmat Tuhan tu, tak kira di mana dan besar mana, ambil masa sedikit untuk nikmati, okay?
Haruslah selfie dulu. Mana tau dah kurus. Haha!

Dalam proses nak menguruskan badan sebenarnya. Honestly, sejak aku lahir, aku tak pernah merasa aku ni kurus. Kalau buat perbandingan dulu dengan sekarang, memang la banyak beza. Lagi-lagi zaman sekolah. But i am still huge compared to other girls yang skinny, petite and tukar boyfriend macam tukar baju. In my case, i never had a boyfriend. Eh? Okay la paling lama 2 tahun. Dia fed-up kot tengok aku gemuk je *tipu*.  Aku tak pernah beria sangat pun kalau couple-couple ni selagi tak kahwin. Heartbreak tu memang ada tapi jenis tak lama. I move on easily. Gitu.

Malas la nak fikir. Nak tulis pun malas ni. Macam mana? Sebab hari aku belum really bermula pun. Haha. Pagi lagi ni. Tengok la kejap lagi kita update lagi tau.

----------

Haha hari ni mata wang naik lagi. Nilai matawang kita semakin susah diterima negara luar. Ada kenalan bagitau, seorang kenalan dia baru balik from the States. Duit masih berbaki 400 Dollar. Dah balik ke Malaysia, makanya, tukar la ke matawang kita. Orang kedai tu tak nak. Mahal. Kau rasa?

Aku baru dapat tau hal tu lepas lunch tadi. Kalau sebelum lunch, mungkin akan hilang selera makan. Mungkin. Aku ni jenis cepat bosan kalau buat kerja yang sama. Tambah pulak, apa yang aku buat ni, tak urgent pun. Kerja dalam bidang Seni Bina ni, ada banyak stage. Siapa yang kerja Pelukis Pelan Seni Bina, tau la macam mana. Aku jadi cepat bosan. Bila tau baru stage sekian sekian, lagi la rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. Sometimes rasa macam, ahhh siapkanlah cepat cepat walaupun lambat lagi. Tapi masalahnya.. nanti kalau dah siap, ada je nak kena betulkan. Macam dua kali kerja.

Redha je la, Ecah!

----------

Jam menunjukkan tepat 7 petang. Maghrib. Hakikatnya, aku pernah balik lagi lambat dari pukul 7 petang. Haha. Kerja kan? Sedang syok buat kerja, bos suruh buat kerja lain pulak. So maknanya apa yang buat tadi, kena hold sekejap. Aku jenis tak suka buat dua benda serentak. Biar aku settle dulu yang dia baru bagi ni cepat-cepat, baru aku boleh focus kerja yang pending tadi. Nak submit documents ni, banyak bukan main. Beribu-ribu pages. Sambil tunggu tu, haruslah bebel dekat sini dulu. Haha. Sebenarnya aku macam dah teringat satu topik nak bebelkan tadi, tapi aku simpan dulu. Kalau sehari sampai dua entry, nak jadi apa kau? Haha. Makanya, aku sorang je dekat office ni. Rasa macam nak menyanyi pulak. Kau mampu tetiba nak random macam aku? Siapa dekat sini pengguna Android or Apple? Tahu tak app ni.. 


Smule nama dia. Panjang betul kisah aku dengan Smule ni. Sebelum ni aku dah lama dah download and try. Tapi free version la. Sampai la kawan aku tetibah ajak melalak balik situ. Aku pun beli la sebab dia kata dalam RM3 gitu sebulan. Aku pun beli la. Macam biasa, kalau kau pakai mana mana bank pun, dia akan hantar SMS cakap yang dia dah tolak berapa amount of money kan? Okay la. Sebab CIMB SMS RM3 dah ditolak dari account aku.

Maka melalak la aku pagi petang siang malam. Yang bestnya, kalau subscribe, ada effects tau. So kau boleh la nak acah acah macam kau dalam Studio ke apa. Aku paling suka effect studio tu la. Tak de la dengar suara aku tu sendu nau. 


Its like a different platform of socializing tau. Instead of Facebook, Twitter, Instagram yang obviously kau share gambar and status. Tapi Smule, kau share suara. Kalau kau dah subscribe jadi VIP, kau boleh la upload lagu mana yang kau nak dekat website dia. Just follow the instruction sebab its quite simple and straight to the point. Kalau tak dapat ikut instruction tu jugak, aku tak tau la kau duduk gua mana sebelum ni.

Okay, first time aku beli tu, aku hanya mampu menyanyi dengan effects yang dia bagi tu la. Then two weeks later, aku dapat bil from Apple, RM 34+ dah kena tolak dari account bank aku. Kenapakah? Itu satu hal buat aku marah. Dah la aku kena bayar that amount of money. Bukan aku menyanyi setiap hari selama sebulan! Yang buat aku marah satu hal laginya, aku tak boleh 'Open Call'. 'Open Call' ni kau boleh upload lagu and ajak orang berduet dengan kau. Sebab kononnya buat masa tu, function tu untuk Android user je. Apple belum ada. RM34+ aku tu terbang gitu je la. Then baru found out yang harga untuk Apple and Android memang lain. Android, apps dia is much more cheaper walaupun memang sebijik macam dekat Apple. Aku rasa Apple ni mahal sebab nama dia je. Dia beli app tu murah, dia jual balik dekat user harga mencekik.

Aku rasa ni bulan last la aku subscribe benda alah ni. Bawah ni e-mail aku bebel dekat Smule sebab masa ni aku memang keliru dengan price dia. Masa download, dia dah ambik RM3. Lepas dua minggu, dia ambik dalam RM34+. Motip charge aku dua kali?






Bebel la kau sorang sorang, Smule. Aku dah malas nak layan. Sesiapa yang teringin nak merasa, boleh je nak free. Quite limited la function dia. In fact, tak puas pun. Tapi, kalau dah suara sedap, kau tak yah pakai filter pun, sedap jugak, ye dak?

Haha gitu lah gamaknya. 

Tengah tahan lapar ni. Kejap lagi nak keluar makan Chicken Chop dengan kawan. Tunggu settle printing ni, aku chow la balik.

Bui Bui
AisyaAzman

Read the update about this post here :


Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

23 comments :

  1. Halu~~ salam perkenalan.
    Firstly nak tanyak. Kalau tau lah kan. kalau beli smule dari android tu, dia boleh pakai tak kat apple? macam dia punya acc id la. kot la kan.. kot. hehe.. anyway. nice blog. kemas jer kan. keje pelukis pelan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, salam perkenalan juga. Sebenarnya smule ni ada untuk dua dua. Android dan Apple. Kalau awak pakai apple, awak cari la dekat itunes. Tapi harganya lain. Awak kena baca betul betul. Sebab saya dah kena. Saya pelukis pelan & green consultant :)

      Delete
    2. sis one question.. hee so dkt sni mmg bulanan die rm 34 lah?? bukan rm3?

      Delete
  2. macam mana nak beli guna kad bank?dah try tak boleh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru baru ni semua bank dalam Malaysia ada hantar e-mail and ada policy baru untuk stop spam and issue pengambilan duit oleh hacker.

      What you have to do is, you kena call bank untuk release your card untuk guna.

      Delete
    2. Blh bagi no yang blh dihubungi x untuk cimb bank?

      Delete
    3. Boleh telephone +60 3-2295 6100 dan tanya mengenai pembayaran aplikasi telephone dan mereka akan release card tersebut untuk pembayaran bulanan

      Delete
  3. Ios user tak sama dgn android user.... Kalau x silap android 3 ringgit sebulan.. Ios 2.99usd per week... Tp serius, aku lebey suke smule kat iphone, sebab kita boley dgr suara kita kat earphone time nyanyi.. Dah macam pakai mic.. Jd ape yg aku buat disini, aku pakai 1 id yang sama kat 2 telefon... Beli vip di android, untuk oc terpaksa oc diandroid... Dan untuk join dah tentu aku pakai iphone.. Mmg byk perbezaan antara iphone n android intuk smule...

    ReplyDelete
  4. mksdnya bli at android then log in n nynyi d iphone? gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xleh. account for android and iPhone tak sama. kalo tak semua org dah pinjam android member utk buat payment.

      Delete
    2. id yg sama leh share. tp account subscription dia asingkan

      Delete
  5. so mksudnya bli at android then log in at iphone?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x bole. sy da buat. beli kt android pas tu nk guna kt iphone x bole. mmng la vip tu ada tulis. tpi xle oc.

      Delete
  6. Owh. Yeke. Saya pakai free je smule. Tak payah bayar tuk apps tu. Tapi mmg pki filter biasa lah. Jadi suara tak sedap mana pun lah. Sebab saya pakai iphone gak. Ke sbb pakai filter studio etc kena byr rm3 & above tu?

    ReplyDelete
  7. Mcm mna cra bayar vip smule tanpa bank

    ReplyDelete
  8. Mcm mna cra bayar vip smule tanpa bank

    ReplyDelete
  9. mcm mana ya nak stop billing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo kat android, masuk google play, click menu > account > subscription > click cancel kat smule

      Delete
  10. mcm mana ya nak stop billing tu

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED