It's Finally Here!

Hello! Hari yang sangat meletihkan di pejabat hari ni. Sampai rumah agak lewat, campak beg, terus baring, terlelap. Bangun balik dalam pukul 9. Rasa macam kena buli dengan boss pun ada. Padahal dia tak ada la buli macam mana pun. Aku rasa by far ni la boss paling cool aku pernah ada. Maybe sebab jarak umur tak jauh and cara dia ajar pun lebih macam abang kepada adik. Semua yang dia ajar sangat jelas. Standard la kerja pakai otak gini, letih wey. Letih otak dengan letih fizikal, letih otak lagi dahsyat. Serious. Mentally tired, kau nak buat apa pun tak boleh. Emotionally pun habis rabak. Semua benda nak marah. Tengah sibuk buat kerja, mak whatsapp,


"Cha, barang dah sampai! Finally!"


Masa tu dalam pukul 4 petang. Terus hilang mengantuk aku. Aku kasi settle kerja cepat cepat, aku biar simulation running, aku balik. Haha. Ya. Aku biar PC aku on. Memang kena biar on. Kalau nak tunggu simulation tu keluar result, kau boleh balik, tidur. Kau bangun balik pun belum tentu dia siap, tahu? Aku punya tak sabar tunggu parcel aku sampai, setiap hari aku tanya mak aku sampai dia naik malas nak jawab. Tapi aku tanya jugak, dalam seminggu 3 kali gitu, Haha. Sabar je la mak. Serious lama. Aku tengok website dia tulis dalam 14 hari gitu. Aku pun setia la tunggu dalam dua minggu gitu. Tak sampai jugak. Sampai mak aku tanya kenapa lama sangat. Aku jawab la parcel dari US. Dia kata US tu bukan belakang rumah, banyak benda nak kena go thru baru sampai sini. Entah naik flight ke naik kapal parcel aku ni. Jenuh menunggu Sampai rumah aku tengok atas coffee table ruang tamu ada kotak putih. Aku pun gedik gedik nak bukak. Bapak aku dah panjang panjang leher nak tengok aku beli apa sampai lama nau nak sampai. Dia tau dari US, tapi still, dia musykil.
"Cha beli apa?" 
"Ada la" 
"Ada la kamu cakap? Abah yang ambik dekat posmen tu tau?!"

Dia berkata kata demikian beserta satu ketukkan manja dekat kepala. Antara adik beradik, aku paling nakal. Paling banyak kena tangan dengan dia. Tapi aku tak kisah. Sebab itu yang aku akan rindu nanti. So biar je la aku kena macam mana pun, aku amalkan konsep redho and go je. Haha. Al kisahnya, bermula daripada kawan baik la. Dia seorang MUA. MUA tu apakah? Make Up Artist. Haa. Jangan buat main. Dia seorang MUA yang comel tau tak! Dia ni, kalau dia kata apa pun, kau kena percaya sebab apa dia cakap tu betul. Kalau dia kata makanan tu sedap, maka haruslah engkau mencuba. Kalau dia kata makeup tu texture or color dia best, maka haruslah hukumnya kau mencuba. Dia pun bawak la satu liquid lipstick ni. Kitorang berdua ni memang suka sangat anything matte. Bedak, matte finish. Lipstick, matte finish. So aku pun cuba. Yes. I love the texture! Aku tanya la mana dia beli. Dekat Malaysia tak ada kata ko . Aku jenis kalau nak, aku nakkan jugak. Memang harga dia mencekik. Benda tak mahal mana. Tapi harga postage yang kau kena bayar dari US tu. Aku tak fikir panjang. Aku terus beli .

Unboxing time!

 Aku paling suka packaging dia. Luar kotak putih kosong je.
Okay. Swatching time!

So the total for everything include postage would be RM 202.99Yes. Aku dah bayar baru aku rasa macam.. Dua lipstick? RM 200? Baik makan siak! Tapi aku memang suka la once in a while indulge myself dengan benda benda macam ni. Reward diri sendiri konon. I know i knowEveryone have been talking about Lime Crime and some of you are against Lime Crimebut for a quality like that? I wouldn't mind paying. Memang la sebelum ni Lime Crime ada issue sikit, macam information pembeli semua leaked and ada jugak claim duit diorang dalam bank kena ambik. Aku punya la berdoa tak jadi dekat aku. Alhamdulillah, pihak Lime Crime dah improve service and dah secure site diorang. So okay la. Sebenarnya lepas beli Lime Crime ni, aku tak serik lagi. Aku pergi KLCC hari tu, nak beli cable charger iPhone aku yang dah tak ada rupa dah tu. Aku singgah Sephora. Memang puaka kedai tu. Aku dah puas pujuk diri aku sendiri, aku tak nak beli apa apa. Aku nak window shopping je. Hmm. Kau rasa?!

It looks so yummy in that leather tube!

Tak pasal pasal terbang lagi RM130. Tapi tak apa. Aku memang dah lama nak Givenchy Le Rouge ni. So aku beli je la. Apa la sangat. Bukan selalu. Tapi aku memang puas hati dengan kualiti, texture and warna masing-masing. Of course benda tu buat aku happy and nak beli lagi! Eh? Sabau sabau! Beringat sikit tahun depan nak berjalan negara orang! So let's focus on my parcel balik! Yeay! Aku beli dua warna. Which are Wicked and Riot.

In Wicked

This one memang kena la dengan nama dia. Nampak wicked sangat. Dark colored lips are so in right now semenjak Kylie Jenner besar kan bibir dia. Haha. Aku jadi minat pulak. Aku ingat lagi memula nak pakai aku macam takut takut. Then kawan baik aku kata

Be Brave! Be Bold!

Tu yang aku terus tak boleh berhenti beli warna warna lain dari yang lain. Dah terlebih brave pulak. Haha

In Riot.
Okay yang ini, kalau kau pakai memang memberontak la bibir kau. Haha. Ok hambar. This one, color dia macam earthy, red brown color. Based on my opinion, this one really suites any skin tone. This product, take some time to dry up and turn into matte. That's the fun part! The second fun part is, its a bit liquidy when you first apply it so its easier. So here's the time for the pros and cons!
 The Pros : 
  They have great color pay off.
  The are not very dry and it does not make your lips look chapped.
 ♥ It stays for a long time! Its wearable
  They shipped worldwide. 

The Cons :
  Hard to remove! You have to be very careful when you apply the product. Because once its out of your lip line, you are going to get very messy. If you are a beginner, i suggest you not to try. Pergi duduk satu sudut practice pakai lipbalm jernih dulu. Haha. 
Its expensive. $20 per product and the shipping cost is $10. 

It took 3-4 weeks to arrive.



Color Swatches.

They have a lot more color to choose from but those are the ones that i shortlisted to buy. Haha. Entah kenapa nak sangat beli Black Velvet tu tapi kalau aku pakai kang orang kata kena jangkitan bibir pulak. So as you can see, these Velvetines, they dried up and jadi matte finish. Best kan? So pergi la beli! Boleh click sini terus ke website. Cepat tau sebab cepat sangat habis, Aku pun tunggu lama jugak nak dia restock. Bingit je  Berbalik pada kawan baik aku yang pandai make up ni, meh la kau ambik sikit kesempatan untuk promote dia sini. Dah ramai dah customer dia yang puas hati dengan make up dia. Termasuk aku. Aku suka sangat tadah muka dekat dia. Habis dia tarah muka i jadi flawless uolls. Dia boleh make up kan untuk majlis tunang, nikah, sanding. Kalau untuk pergi majlis hari jadi anak buah kampung sebelah pun dia boleh buatkan. Harga dia pun berpatutan sebab product yang dia gunakan untuk conteng muka kau kebanyakkannya high-end products and very good. Aku suka tengok koleksi berus dia. Pandai dia jaga. Semua gebu-gebu macam dia jugak. Haha. So dekat bawah ni aku curi dari blog dia. Haha. Baca betul betul. Lelagi yang nak kawen tu.

Its Anne Kayra btw. pfthhh!

As I have a permanent job, prior booking is needed. Please refer to the T&C below :
  • Prior booking needed. 50% OF THE PAYMENT need to be paid to lock the date. ANY LAST MINUTE CANCELLATION AFTER PAYMENT WILL LEAD YOUR DEPOSIT TO BE FORFEITED.
  • Trial makeup session is strongly advised to be taken to discuss and confirms on the style and your request on actual day. More details on why it should be taken, feel free to read it here ^_^
  • Any travelling cost outside Klang Valley will be bear by the client
Let me explain a little bit on the products I've been using for my jobs. I'm not using any cheap unknown-brands products, or fake ones. Most of my products are high-end or well-known drugstore brands such as Dior, Chanel, Make Up For Ever, MAC, Urban Decay, Sephora and many more; just to ensure the quality and to avoid any possibilities of skin disease resulted from unknown ingredients which may caused harm. So for that being said, the prices offered are reasonable enough, in fact amongst the cheapest you can find in the market.
So choose and lock the date by emailing me at annedarla@gmail.com with the subject 'Makeup Service' :)

Haaa. Jom la melawa dengan beliau. Sebab makeup dia memang lawa. Tunggu jap. Aku curi gambar dekat instagram dia. Haha!

This is one of my fave!

Jade Turns Smokey katanya. 

Ku dah kata dia pandai jaga brushes dia. Menggebu jugak macam dia.

Cantik kan? Aku promote bukan sebab dia BFF aku tau. Aku promote sebab aku kenal bahasa dia bila bercakap dengan orang. Sebab aku pernah ikut dia makeup orang for several times. Dia bukan takat berbahasa, hati pun baik. Hmm Hmm. Dah! Aku promote kawan aku pulak! Kang semua nak kawan dengan dia, aku nak kawan dengan siapa?! *Overly attached GF Mode : On* Aku rasa panjang gila entry aku kali ni. Oh well, for friend's sake.

Much Love,
AisyaAzman


Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

No comments :

Post a Comment

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED