Aku dan Brownies

Elo!

Semenjak keadaan kesihatan yang kurang menggalakkan dan perlu diberikan lebih focus dan perhatian pada kerjaya, aku dah kurang baking. Ada je customer yang mintak, tapi aku terpaksa tolak secara baik. Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk ni, i have no choice untuk cari extra income di tanah air sendiri. Sedih kan? Disebabkan dah kembali jerebu, duduk rumah je la update blog.

Kerja aku, memerlukan aku belajar setiap masa. Semua research based. Semua task baru yang diberi, aku kena study. Semua project baru, aku kena belajar balik, kenal siapa engineer, siapa contractor., apa material yang digunakan. Have to say, jauh dari bidang Architecture yang biasa. Sedangkan Architecture yang biasa pun dah habis susah aku rasa. Susah nak maintain dua kerjaya. Walaupun perniagaan brownies aku ni kecil kecilan, but still, its my first baby. Siapa tak sayang first baby-kan? So i take it seriously. Lagi-lagi makanan. Orang akan makan. Jadi darah daging. Setengah orang mungkin fikir, brownies je kot. But to me, its more. I enjoyed baking since i was a child. But back then, aku cuba faham keadaan keluarga. Nak tampung adik adik belajar semua. Sekarang dah kerja sendiri, aku lebih suka pakai duit sendiri. Belajar sendiri. 

Biasa la baking ni, kena banyak experiment. Kena banyak try and error. Tak semua kau buat, menjadi terus, kan? Everyone have their own preference of a brownie. Ada yang suka fudgy brownies ada yang suka cakey brownies. Tapi secara personal, aku suka fudgy. Aku pernah makan brownies yang memang sedap. Fudgy. Fudgy ni bila kau makan, kau rasa basah dekat dalam. Memang sedap. Cakey aku tak berapa suka sangat. 

Aku mula dengan satu flavor dulu. Alhamdulillah, dapat banyak sambutan. Ada yang repeat. Kebanyakkan pembeli dari kawan kawan sendiri. Cuma kelemahan aku, aku tak dapat nak pos keluar. Semua yang nak beli, kena datang ambil dekat rumah. InsyaAllah, aku akan upgrade service dan kualiti as soon as possible.

Hari tu, ada cuba recipe baru. InsyaAllah, first flavor aku yang ramai suka tu, aku akan maintain. Tapi yang ini, aku cuba nak capai status fudgy brownies. So, meh tengok macam mana aku buat. 

Recipe. Berapa ramai yang suka recipe shortcut atau mudah? Sejujurnya, aku tak suka. Aku suka buat semua dari mula. Macam kali ni, aku google secara random macam mana nak buat. Yang ini cuma perlukan beberapa bahan sebab bahan utama dah cukup semua gula. Agaknyalah. Macam aku cakap, aku tak suka tapi tak apa, aku cuba. Tengok nanti macam mana hasilnya. Aku suka ubah sikit sebab nak mencapai texture fudgy yang aku nak tadi. 



1 cup Nutella (main ingredient since i am making nutella brownies)
2 eggs
8 tablespoons of flour. 
Roughly chopped chocolate bar. (subjective. can change to nuts or etc.)


One thing about brownies that i like, is that u dump it all in one mixing bowl!


All! I really mean it. Haha. Give it a stir until fully combined. Lastly, baru letak
chocolate chips, nuts or whatever yang kalian suka. Fold it in,
until combined.


Once its all stirred, dump it all in your baking tray or in my case, this casserole.

Actually, warna baking tray kalian memainkan peranan penting. Kalau kaca macam ni mungkin api akan lebih direct. Kalau warna hitam, mungkin api kena lebih slow. Kalau warna kelabu, ada kadar apinya. When it comes to this, all these technical stuffs,  haruslah rajin baca dan buat research, okay? Ramai yang tak tahu. So, read more.


So pop the batter up in the oven for 30 minutes on 180 degrees temperature.

I have to admit that i did not tap the casserol before i pop it in the oven. Sepatutnya ketuk sikit supaya lagi mampat and kurang angin. I was actually worried that it might explode. Haha!


Ni lapisan kerak bumi yang ke berapa ni? Haha!
Aku rasa mantel bumi lawa sikit dari brownies aku ni.

Macam tu la rupanya kalau tak ketuk bagi udara keluar. Nasib baik yang ini sesi try & error aku. Kalau macam ni rupanya, memang aku takkan jual dekat customer. Haha. Yang ni aku buat makan makan dekat rumah je. 

Lepas dah keluarkan dari oven,  kena tunggu lagi 15  minit baru keluarkan dari baking tray. Dah 15 minit, baru keluarkan and letak atas cooling rack, biar dia dah betul betul sejuk or at room temperature, baru boleh potong. Ha masa sesi nak tunggu sejuk ni, biasanya aku akan umumkan satu rumah, supaya bersabar and JANGAN POTONG selagi aku kata boleh. Adik aku sampai merajuk. Nampak sangat sejukkan brownies pun boleh jadi issue. Satu rumah berbau. Siapa boleh tahan? Aku pun tak boleh tahan. 

So macam mana pula dengan rasa?

Well, rasa dia tak manis sebab main ingredients cuma Nutella. Tak ada sugar. Maybe because Nutella dah ada sugar , kan? The texture is not as fudgy as how i want it to be. Walaupun dah kurangkan tepung, tapi end result masih cakey. Bawah a bit burned, so next time kena control temperature lagi.

Sebenarnya sementara tunggu dia sejuk atas cooling rack aku masuk bilik sambung tengok The Return of Superman. I am not a K-Pop fan or anything Korean stuffs. Aku tengok sebab aku tak nak fikir pasal brownies aku tu. Kali ni dah siap, aku biarkan je. Aku tak buat pengumuman macam biasa supaya jangan potong sebab aku assume semua dah faham agaknya. Tiba-tiba mak aku masuk bilik..

"Mak rasa mak dah kenyang"
"Eh? Bila mak makan nasi?"
*Sebab aku baru je gaul nasi yang baru masak tadi*
"Mak makan brownies. Dah tinggal suku"

Aku pandang mak aku, mak aku gelak. Apa yang mampu aku kata? Aku berlari anak nak tengok keadaan brownies aku, memang ya. Dari 8x8 inci tu tinggal suku je. Tak manis agaknya, sebab tu la mak aku suka. Aku mampu tengok je la. Nak potong, susun lawa lawa & tangkap gambar, memang tak sempat. 

Bawah ni a few gambar brownies yang aku berjaya jual

Makan dengan homemade caramel sauce and Vanilla Ice Cream. Nyam!




Ada yang repeat order. Ada yang mintak untuk jadikan doorgift, ada yang mintak untuk jadikan hantaran pertunangan. Adeh. Slow slow. Nasib baik semua tu tahun depan. Jadi ada masa lagi nak improve yang sedia ada. Alhamdulillah semua cakap sedap. Cuma aku tengah pening mana nak cari kotak, nak cari reben, nak survey harga untuk buat price quotation. 

Cuma sekarang ni aku perlukan masa untuk susun priorities. Banyak benda nak kena settle. Kerjaya yang sedia ada perlukan focus aku 100%. So i dont think i can make this business as a full time. I am not ready for such commitments. Bukan senang. Sebelum puasa hari tu ada pergi satu kedai yang cari vendor, ingat nak cari duit lebih untuk Hari Raya. Tapi bila fikir balik, i have to step back and fikir balik masak masak.

It is not as easy at it seems. Aku sangat pentingkan kualiti. Berdasarkan pengalaman yang tak seberapa, memang banyak sangat mengajar. Contohnya, dulu aku tak pandai nak control masa and control order yang masuk. Balik kerja, mandi, terus baking. Kadang tak sempat makan. Ada satu malam aku kena bake 5 tray. Tuhan je la yang tahu macam mana keadaan aku dekat office esoknya. Dah la ada meeting dekat site. Mencabar. Bayangkan masa puasa kena pergi site? Aku hampir berbuka dibuatnya. Nak di jadikan cerita, salah satu brownies aku buat, tak menjadi. Aku tak pasti mana silapnya. Terduduk aku, menangis. Terpaksa buat balik yang baru because people paid for it. So pada aku its kinda not fair.

Aku sangat percaya bila kau bake dalam keadaan penat, emosi tak stabil, energy kurang memang confirm tak jadi. Aku sangat yakin sebab banyak kali i force myself to bake, memang tak jadi. Mood pun main peranan. End up, membazir. So now aku dah nekad untuk control everything.

Aku cuba recipe baru ni pun few weeks back. Aku update blog ni sebab phone aku dah bising memory penuh. Haha. 

Till then,
AisyaAzman


P/S: My camera lense dah siap! Hurray! Tak sabarnya nak ambik and tangkap gambar banyak-banyak! Read about my trip to Nikon Centre here.

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

1 comment :

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED