The Wanderlust Project

Elo!

Banyak faktor yang buat aku nak travel sebenarnya. Daripada aku kecik, aku ingat nak jadi wartawan, konon dapat la merasa buat liputan sana sini. Dapat menumpang tengok dunia. Tapi apakan daya, bila dah besar ni, baru sedar, jadi wartawan & travel pun, kau kena buat kerja. Tak best. Baik jadi Architect. Eh? Haha! Apa sahaja yang namanya kerja, tak pernah best sebenarnya. Yang best adalah kau dapat duduk rumah, pakai seluar gobos, t-shirt lusuh, wi-fi tiptop, sumber makanan yang tak putus. Tapi kau miskin la. Mih mih. 

Sebenarnya dari awal tahun lepas, ada la kawan aku si gemok ni, bising nak ke Seoul, Korea. Aku cakap dekat dia, tunggu la aku habis belajar dulu, mana aku nak cekau duit. Sekarang dah kerja, maka bisinglah dia. Tuntut balik la agaknya. So, aku layankanlah. Kitorang punya excited tu sampai nak belajar bahasa Korea. Haha. Excited aku tu tak la excited macam S.G (Si Gemok) tu. Dalam pada tu, sempatlah beli winter jacket RM10 dekat kedai bundle depan rumah. Pakai je la jaket tu, duduk dalam bilik, bukak air-cond 18 darjah celcius. Haha! Tapi nak buat macam mana, tak jadi sebab tiket cancel atas sebab tertentu. Tiket dah beli dah masa tu. Redha je la. Takkan nak marah kot kan? Mungkin sebab stress trip tu tak jadi, kami rancang trip lain. Hiks.

Tengah rancang dengan rancak la ni kononnya. Hampir setiap malam S.G ni kacau aku. Buat masa ni, kami dah rancang nak ke 2 pulau. Memang aku nak cuti secuti cutinya. Mungkin tempat aku nak pergi ni agak common la tapi pada aku, tempat tu mungkin sama, tapi apa yang kau buat dekat sana, itu yang membezakan pengalaman kita. Aku tak suka ikut agen. Aku suka bebas. Ada waktu sendiri. Ada yang kata perempuan bahaya travel berdua. Mana taknya, aku memang nak pergi berdua je dengan S.G ni. She's my bestfriend. Lagi banyak persamaan, lagi banyak gaduh sebenarnya. Haha. Tak apa la. Aku tetap sayang kau, gemok!



Memandangkan ini kali kedua kitorang rancang trip bersama, bertekak tu tetap tak dapat dielakkan. Haha. Contohnya aku suka hotel yang ada unsur negara tu. Contoh paling senang, Legoland kan? Hotel dia pun macam Lego right? Yang S.G ni tak setuju. Dia kata kita nak tidur je dekat sana. Bukan nak duduk hotel je. Ha gitulah punca punca awal bertekak. Haha. Bertekak manja je pun. Esok esok rengek rindu balik. Alhamdulillah buat masa ni tak ada la bergaduh sampai tarik rambut. Dah besar dah kan? Kalau BBNU (Budak-budak baru nak up) ye la agaknya. 

So kali ni, to be fair kitorang plan untuk pergi dua pulau. Aku pilih untuk buat itinerary ke pulau pertama, aku suruh dia buat itinerary pulau kedua. Biar dia yang kusut cari transport nak pergi pulau kedua. Haha! Walaupun pergi tanpa agen, itinerary sangat penting okay?! Lainkali aku update lagi pasal perancangan melancong. Banyak nak share.

Bye!
AisyaAzman

Nota Kaki Berstokin : Psssst! Sebenarnya entry ni dah lama bersawang dalam draft. Tapi tadi aku stalk blog S.G dia pun buat entry yang sama. Pastu nak kata kita tiru. Blah la wei! Haha! 



Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

6 comments :

  1. Saya pun prefer pergi tanpa agen.. pernah jalan2 berdua ke hatyai... lepas balik Malaysia... area yang kami duduk, shopping n makan kena bom... nasib baik dah balik.. pernah ke Indonesia berdua je dgn kawan dari singapore... saya memang x suka jalan ramai2 sbb macam2 kepala nk kena layan

    ReplyDelete
  2. Penirukkkkkk jugak!

    ReplyDelete
  3. wahhh.. beraninya pergi sana tanpa guna agen

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^).

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  4. waaaa.. seronok laa.. :)

    Selamat berhujung minggu. Jemput singgah k..

    Entry terkini:
    1. "Aneh!! Sebiji telur ada 2 kuning telur.."
    2. "Aperture Squad Artwork"
    3. "1st GiveAway by Ciktaman"


    ReplyDelete
  5. selamat bercuti yer...
    bw dr Senarai URL Blog #18 Mialiana

    ReplyDelete
  6. Travel dan explore sendiri adalah suatu penjimatan... guna agen agak rugi sebenarnya...

    bw dari Senarai URL BLog #18 MiaLiana

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED