Carpal Tunnel Syndrome?

Elo!

Lama sangat tak update blog kan? Biasa la bila dah bekerja ni, tak boleh nak expect kita duduk posisi yang sama. Kena upgrade jugak. Baru-baru ni ada budak baru masuk, dia memang muda & baru lepasan Universiti, aku ni memang sejak azali ada sifat competitive. Aku tak suka orang lebih dari aku, in a positive way la. Bukan dari segi material. Tapi dari segi pengetahuan. I know its bad to compare yourself, but i cant help it. Staff baru ni kiranya baru je bagi buku untuk baca all the requirements, terus dah faham. Requirements from US tau? United States yang super duper detail. Compare dengan requirements Malaysia. Aku memang nak baca tapi tak ada masa sebab dah overload dengan kerja yang sedia ada.

Masa belajar dulu, sifat competitive aku ni ramai yang tahu. Kalau member tu buat 3D presentation, aku buat 3D animation terus. Masuk dalam bangunan tu semua. Tapi somehow, masa final presentation dulu, aku gagal buat 3D animation sebab software tu mahal dan memerlukan laptop yang hebat dari semua aspek. Ha gitu. Tapi aku redha je la. Apa yang aku mampu buat, aku buat. Contohnya, aku upgrade dari segi kajian aku, apa respon bangunan tu terhadap alam sekitar. Akhirnya, panel suka presentation aku sebab informatif. Aku siap letak dari segi saintifik, kenapa bentuk bangunan aku macam tu, bla bla bla. Aku siap bukak langkah silat depan panel. Haha. Berbanding dengan kawan yang buat animasi masuk bangunan semua tu. Tiba-tiba aku sedar, apa gunanya gempak dari luaran tapi sebenarnya kosong, kan? Tapi itulah sifat competitive aku sampai aku lupa kesihatan sendiri. I work so hard, sampai sendi sendi aku ni sakit, tapi aku buat tak tahu je. 

Dari study sampailah akhirnya aku dapat kerja, aku abaikan rasa sakit dekat pergelangan tangan kiri aku. Aku terus assume mungkin salah tidur. Terseliuh ke apa. Lambat laun hilanglah nanti. Jadi aku diamkan. Sampailah satu hari tu, aku betul betul tak selesa. Aku rasa ngilu teramat sampai nak menangis. Buat kerja pun tak selesa. Nak angkat barang lain pun tak boleh sebab sakit.

Maka pergilah klinik, even aku sendiri sedar klinik tak boleh buat apa apa. Klinik ni setakat sakit sakit biasa boleh la. Doctor yang check aku tu, dia pegang tangan aku pun tidak, terus dia kata..

Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Sebelum tu aku dah tahu dah apa CTS tu. Dalam pergelangan tangan kita, ada tunnel atau 'terowong' yang bentuk macam jam kita pakai. Agak lebar jugak tapi tak pasti lebar mana. Dalam 'terowong' tu la terdapat semua saraf kita. 'Terowong' tu saiz nya kekal. Maksudnya kalau badan naik, pergelangan tangan takkan turut membesar, dia hanya menebal tapi 'terowong' dalam tu, akan tetap sama, jadi semua lemak lemak atau isi akan menghimpit 'terowong' tu & juga saluran yang ada di dalamnya.



Transverse carpal ligament tu la yang akan dipotong nanti.
Mula mula ingat nak letak gambar contoh pembedahan tapi tak jadi.
Haha. Seremm~

Bila saluran tu semua dah sekat sekat, itu yang kadang rasa ngilu, kebas & sebagainya. Kalau nak kata badan aku naik, memang naik mendadak. Tapi aku tak nak panic dulu. Sebab aku yakin bukan itu. Kalaulah benar, aku dah siap siap tulis draft doa untuk redha. Gila ke apa? Kerja aku memang pakai tangan memanjang. Kalau tak selesa macam mana? 

Terpaksa la aku cuti masa tu. Doctor klinik tu suruh check dekat pakar. Mahal nok. Tak sanggup aku. Mak aku suruh ikhtihar cara acupuncture. Adoi. Yang banyak jarum tu. Sebab sebelum ni mak aku selalu mengadu sakit lutut la, sakit macam macam. Dia sendiri pergi, memang lega lepas tu. Mula mula aku tak nak, tapi dah terpaksa. 

Ada satu pusat Acupuncture dekat dekat rumah ni. Naik motor pun sampai. Tapi bila sakit ni, mak abah suka manjakan lebih sikit. Pergilah naik kereta. Heret abah sekali. Bila masuk bilik tu, dia suruh bagitau la sakit macam mana, rasa macam mana, sejak bila. Dia pegang tengkuk aku dari belakang. Tapi sebelum tu dia mintak maaf dulu. Which i think, is good. Dia respect lagi aku ni sebagai perempuan beragama Islam dan bertudung. Masa dia tekan tekan tu, dia tanya sakit atau tidak, aku cakap yes. Mana taknya, dia tekan kuat nak mati. Dia kata, kalau normal, tekan macam mana pun, tak sakit. Then something is wrong.

Dia terus suruh aku baring meniarap. Dia tanda beberapa titik belakang leher sampai ke tengah antara bahu dengan bahu. Lepas tu dia cakap, 

"Ready tau? Saya nak cucuk. Tak sakit pun"

Zass. Aku boleh dengar kulit aku. Berair la jugak mata aku. Manakan tidak, aku rasa lebih 5 jarum. Tapi aku tak nafikan, bila jarum tu masuk je dekat bahagian bahagian yang dia dah kesan tu, aku rasa lega and tenang. Rasa macam semua sakit aku tak ada. Surprisingly, sakit tangan aku pun hilang. Lepas dari sesi tu, dia bagi ubat serbuk. Ubat herba. Kau ingat aku nak minum? Ya ampun, pahit dia aku tak boleh nak explain.

Rupanya dia kata bukan CTS. Cuma posisi duduk masa buat kerja. Kalian kena tahu, tulang belakang kalian tak boleh nak tampung berat kepala kalian masa kalian tunduk. Memang sekarang tak rasa, tunggu la nanti, mesti ada je tak kena mana mana. So the right way is, kalau buat kerja, main phone, baca buku atau apa apa keadaan yang menyebabkan kepala kalian kena tunduk dalam masa yang lama, sekurangnya buat senaman sekejap. Duduk tegak, pandang atas beberapa saat, pandang kiri dan kanan beberapa saat, lepas tu mula balik aktiviti. 

Bayangkan kalau aku terus jumpa pakar? Confirm aku kena bedah. Kalau kena bedah, biasanya dia akan potong 'terowong' tu bagi longgar balik. Akak tak sanggup dik, akak muda lagi nak bedah bedah ni. 

Alhamdulillah, sejak tu bertambah rasa syukur dengan nikmat yang Tuhan beri. Kadang kadang benda yang kita ambik remeh tu la yang paling bermasalah nanti. I learnt my lesson. Jangan kerja kuat sangat sampai abai kesihatan sendiri. No no. Kalau rosak mana mana bahagian badan, memang boleh sembuh tapi tak setanding dengan apa yang Tuhan dah kurniakan pada kita asalnya. Badan kita ni kurniaan Tuhan, secara tak lansung merupakan amanah juga.

Aku doakan reader semua dalam keadaan yang baik baik saja, alrite?


Selamat tangan aku,
AisyaAzman



Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

2 comments :

  1. Ameen... ;) oh bagus jugak cara alternatif nie ye...nanti nk cuba lah....hihihi ;) TQ bagi info menarik skali...

    ReplyDelete
  2. Kalau competitive cara positif, positif laa yang akan kita dapat.. Kan kan ^^
    Oh? Baru tau pasal CTS nie.. Huhu Nasib baik takde pape kan... Alhamdulillah...
    Btw, thanks share info pasal CTS and thanks for da tips :) - KTC

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED