Makan makan di Mr. Dakgalbi

Elo!

Dah lama tak update blog *kais-kais sawang*

Sebenarnya semalam aku pergi makan makan. Kalau diikutkan rancangan asal, nak beli tudung dengan adik je. Tapi memandangkan S.G offer pergi makan dekat Mr. Dakgalbi, maka aku turutkan sahaja dengan syarat teman dia buat dobi. S.G ni perangai dia pelik sikit. Tekan butang dekat mesin basuh tu pun dia malu. Makanya, dengan adik aku sekali kena angkut pergi mendobi dengan S.G. I was kinda worried my sister might get boring or tired. But turns out we had fun. Kalau nak bandingkan letih kerja dengan letih gelak, aku rasa letih kerja tu dalam 20% lagi 80% tu letih gelak. Haha.

Mr. Dakgalbi tu apa?

Mr. Dakgalbi ni is a Korean Restaurant that serves chicken hence the name, Dakgalbi. It means chicken. Kalau pergi Korea pun, diorang serve dalam cara yang sama. I think.

Macam mana diorang serve?

Boleh tak kalau aku nak explain dekat mana lokasi dia dulu? Sabar sabar! Lokasi restaurant ni terletak dekat PV128, Setapak.


Back then, tahun 2008, aku practical dekat Architect Firm area Setapak ni. Dulu kawasan dia sedih sangat. Surprisingly sekarang dah happening. Banyak betul perubahan dekat sini. Aku tak pernah pergi Setapak just for fun because tak ada apa apa yang menarik dulu. Tapi sekarang dah ada KL Festival City, ada PV128 well it makes the place look alive. Tambah lagi berdekatan dengan Uptown (or Downtown?) Danau Kota yang dah memang lama dekat situ. Sebenarnya lagi malam lagi ramai orang yang datang hangout. Banyak jenis restaurant ada. From Mamak, to Chinese, Korean pun surprisingly banyak kedai makanan dekat situ. Hair Saloon pun boleh tahan banyak. Eh senang cerita banyak la! Nampak tak signboard 'Kampung Pengantin' tu? Haa situ pun ramai pengantin. Sebab lepas kahwin diorang berkampung situ. Haha.

Restaurant Mr. Dakgalbi tu sederet dengan Chatime & selang satu kedai sebelah Coffee Mania. Kalau nak cari, cari signboard gambar ayam comel macam ni


Since itu pertama kali aku makan situ, aku tak berapa menahu sangat nak order apa. Tapi S.G ni memang dari azali minat Korea and i am a picky eater, memang dia je la yang incharge order makanan. Menu dia tak la susah nak baca, basically banyak ayam, nasi & ramen. Tapi yang aku risau adalah rasanya. Cerewet. Biasalah.


Akhirnya selepas bermusyawarah, kitorang semua setuju untuk ambik set nombor satu, Mr. Dakgalbi yang berharga RM58 at that time. Ni aku tak tau menu bila. Mungkin masa promotion. Basically dalam tu ada ayam, kobis, jeruk lobak, teobokki. Kalau nak tambah nasi, ramen atau udang, ada harganya. We all agree and go for ramen instead. Ramen ni dia lagi sedap daripada maggi biasa kita makan. Dia tak muak. Come on, pergi restaurant Korea makan nasi? Masa tu kenal dah nasi tu apa. Haha. 

The waiter / waitress akan datang dan letak hot plate ni depan korang. Atas semua ingredients yang aku cakap tadi tu, ada sambal. Jangan risau, diorang akan masak depan korang. Sekali sekala diorang akan datang and kacau sementara diorang serve customer lain. Tapi lambat service dia semalam. Aku rasa macam nak singsing lengan baju, gaul macam aku buat dekat rumah. Haha.

Keliling pan tu ada cheese tau. Cheese ring nama dia. Sedap! Makan ayam, ramen atau apa sahaja sambil cicah cheese tu. Kalau tengok gambar, cheese tu macam cair, tapi semalam cheese tu jadi likat, so kalau nak cicah, kena kaut cheese tu betul betul kalau tak nanti tinggallah serpihan daging, ayam and what not keliling cheese ring tu. Euw.



Dah siap. Macam ni la rupa dia. Korang tinggal nak makan je. Jangan risau. Tapi one thing pasal kedai dia, ventilation tak cukup. Aku tak suka sebab lepas makan tu, sila bau tudung, baju atau rambut masing masing. Confirm bau sambal. Haha. tapi separuh kedai, dia memang sediakan febreze untuk spray dekat baju tapi memang tak la nak spray. Duduk sebelah orang nanti bau febreze.

Halal ke?!

Halal. Ada sijil halal jangan risau. Boleh cari dekat belakang kaunter atau kebiasannya dekat pintu masuk. Selain dari PV128, Setapak banyak lagi cawangan lain. Dekat bawah ni aku tolong senaraikan

No. J-G-02, SOHO KL, Solaris Mont Kiara
No.2, Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: +603-62065567

61, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: +603-21105090

Lot G-29, Citta Mall, No.1, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Tel: +603-78325424

C-10-G, Ground Floor, Setiawalk, Jalan Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor D.E.
Tel: +603-58798166

Sebenarnya gambar dekat atas ni semua bukan gambar aku hahaha. Sebab tu aku tak letak watermark.   Aku letak disclaimer awal awal dekat sini sebab pakai gambar orang lain, kan? Mana tak nya, dah habis korek cheese semua baru S.G cakap, 

"Tanak masuk blog kewww? Hew hew!"

Perangai bongok macam ni seeloknya benamkan je dalam hot plate tengah tu. Aku dah habis makan baru nak ingatkan aku. Endingnya, takkan aku nak tangkap gambar hot plate kosong kan?! 

So dalam keadaan sedih, tinggalkan je la Mr. Dakgalbi tu. Ada la dua tiga gambar sementara dekat sana. 


Lihatlah dunia, ini jelah bukti yang aku ada sempena aku dekat sini. Ini pun teringat
sebab kawan office suruh tangkapkan gambar. Haih. Tak ingat lansung pasal blog.


Dekat atas ni gambar aku dengan adik. Ramai cakap macam kembar. Ramai yang cakap adik aku nampak macam kakak aku. Meh la tengok respon rakyat blogger pulak. Cuba teka. Mana satu aku, mana satu adik aku. Haha. Siapa berjaya teka, akan masuk bloglist aku. Echeh. Tak la. Tetap kena join contest jugak okay?

Yang lapar lagi,
AisyaAzman


 

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

2 comments :

  1. korean food ke? mcm ada nasi kuning tu? huhu mcm malay food pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tu bukan nasi kuning la awak. Tu keju. Haha.

      Delete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED