Persiapan sebelum travelling 1.0

Elo!

Seperti entry yang sebelum ni, aku ada cakap aku dengan S.G akan mulakan aktiviti mengembara pada tahun depan. Hihi. Harapnya berterusan sebab nak mengembara ni kena banyak simpan duit & cuti. Lagi lagi ini kali pertama kami pergi berdua, keadaan agak kelam kabut. Sebab nak susun itinerary, nak rancang perjalanan. Nak cari contact person dekat sana. Nak beli barang keperluan. Phew. Pening!

Hari Isnin lepas, kami cuti. So kami dapat tau, Sports Direct dekat Intermark tengah sale. Rugi kalau kami lepaskan peluang sebab ramai yang tahu, dekat sana banyak jual kelengkapan sukan & travel. Dari segi backpack, sleeping bag, botol air, kasut hiking etc.

Sebelum serbu sana, makan dulu. Dari parking lot, naik escalator, sampai food court. Naik satu lagi, baru nampak sports direct. Itu pun sebab aku nampak reflection dekat glass railing. Haha. Kalau tak jenuh la aku dengan S.G pusing satu Intermark sambil bakar lemak. Eh, it rhymes?! Haha!

Bila dah sampai Sports Direct, ha rambang mata. 


Bayangkan satu dinding penuh dengan bag siap label harga murah tahap biadab. Lagi banyak dari tu. This is how Sports Direct dekat Intermark looks like. Minus tiga ketul orang putih tu la. Sebab gambar ni aku google je. Aku dah tak ingat apa apa pasal blog masa ni. Mungkin beberapa keping gambar pun aku curik dari blog S.G. Jangan risau, aku tak buang water mark dia. Mampus putus sahabat sebab curi gambar tak bagi credit. Haha!

Si S.G tengok ni, terus nak yang ini. 

Padahal banyak je lagi bag lain. Dia cakap yang ini cukup untuk 10 hari, tak besar sangat plus warna pun dia suka. One thing about me, aku suka fikir untuk long term. Beli sekali je. Let this be a start to a whole lot of journey ahead. Kita tak beli bag ikut hari. Kalau pergi trip untuk setengah hari? Pakai bag apa? Bag plastik? Adoi. Secara kasar pun aku tengok bag ni kecik. So move on ke bag seterusnya.


Dari segi warna, dah menepati citarasa. Tapi pada aku when it comes to quality, no matter how bad i love colors, colors tetap jadi nombor dua. Aku tengok harga jugak. RM300 is too pricey for a bag. S.G dah sebok sebok call Mr. R dia. Mr.R dia nak belanja RM100. So tak apa la. Tak kesah. Tapi dalam hati aku asek bisik.. 

"Within budget. Within budget"

So aku gigih la terus mencari. Then jumpa pulak yang ni. Boleh la jugak consider nak beli. Walaupun sedikit mahal untuk aku. Dari segi warna, aku dengan S.G pun suka. Aku dengan S.G tak berapa pandai sangat bab liter liter ni. Al-maklumlah, amatur. Bukan backpacker tegar lagi. So rilek dulu. Aku cakap dekat dia, banyak benda nak consider sebelum beli backpack. Mungkin dari segi material, keselesaan, padding, compartments etc. Aku cakap jom la duduk mana mana, surf internet and baca review sebelum beli. Dia tak nak. Degil. Apa aku boleh buat?

Boleh la walaupun over budget. Tapi..

Bila bukak, mak aih, jauh kedalam sana. Terus gelap tak nampak dasar.

S.G buat lawak sendu dia.

"Weh ni telaga ke apa ni?!"

Aku pun cakap..

"Helo.. helo.. helo..."

sambil effect gema.

Maka berdekah la dua objek montel dekat situ. Lagi aku berdekah bila S.G nyanyi lagu macam bawang putih bawang merah tu sambil tangan kuis kuis..

"Timbullah, timbul, ibu si Ikan Kaloi.."

Bongok gila! Aku 'tambah nasik'

"Nanti kalau kau dah isi baju, bag kau dah penuh, tak jumpa 
seluar dalam, nyanyi lah suruh seluar dalam kau timbul"

Berdekah lagi. Adoi. Tapi dekah tahap kepit kepit la. Sebab ada orang. Kalau tak ada confirm menjerit jerit gelak. Mula mula macam dah confirm nak bag warna ungu tu. Tapi setapak je kitorang jalan, S.G nampak ada bag 65liter yang jauh lagi murah. So, apa lagi, ambik!


Jauh lagi murah. Harga asal RM499, lepas sale, RM229. Pengsan kejap! Its cheap! Besar pulak tu! Walaupun tak ada rain cover, its okay. Boleh beli lain kali.

Tambah pula padding dia tebal. Ada beberapa jenis bag, padding
dia nipis and mungkin tak selesa untuk angkut barang nanti.

Bila dah setuju, problem lain pulak. Warna. Aku nak biru mula mula.
S.G setuju nak hitam. So okay la. Then setapak dari counter dia berhenti.
Dia pegang bag biru, sambil cebik cebik bibir. Aku faham sangat dah.

Akhir cerita, aku ambik hitam. Dia ambik biru.
Demikianlah kalau shopping dengan S.G.


Lepas dari shopping bag, teman dia shopping barang dapur pulak. Malas katanya nak angkut barang berulang alik ke dalam rumah. Dia guna jugak idea aku untuk sumbat semua dalam bag baru. Haha. Yang lawaknya, lepas dah isi bag, terus tak nampak kelibat dia. Macam kena telan dengan bag. Yang aku nampak cuma bag terapung. Haha. Lantak kau la, mek. Tak nampak kepala tak apa. Yang penting ada lengan 'terkepak' keluar sikit. Haha. Boleh la dari tak nampak lansung.


Seperti entry sebelum ni (baca sini), aku dengan S.G ada beli neck pillow. Ni la neck pillow penguin kittew. Haha. Comel kan? Ada lagi satu jenis lembut plus ada kacang kacang dalam tu tapi mahal and tak ada offer. Ah malas la. Ambik je la yang biasa biasa.


Yang paling best, ada butang. Yang lembut ada kacang tu, licin, tak ada butang. Risiko untuk jatuh, koyak sangat tinggi kalau sangkut dekat bag. Baik ambik yang tahan lama.

Kitorang nak kata gaji besar sangat, tak de la. Biasa biasa. Cukup cukup untuk hidup.Tapi kitorang amalkan setiap bulan, sekurangnya selesai beberapa perkara. Sebagai contoh, bulan ni dah beli bag, dah beli botol air jenis lipat (akan share kemudian), dah beli neck pillow. Okay. Rehat kejap. Gaji bulan depan pulak, beli tiket kapal terbang, aku nak buat passport. Rehat kejap, Kemudian Gaji seterusnya, selesaikan hotel, beli kasut atau apa apa keperluan lain.

Semua kitorang jalankan berperingkat. Aku tak nafikan, mula mula memang banyak duit keluar. Sebab semua benda tak ada. Tapi aku yakin, untuk trip akan datang, InsyaAllah akan lebih mudah.

Doakan kami!

Here's to more trips!
AisyaAzman


P/s : Boleh baca entri dekat blog S.G sini. Tengok dia punya mengata dekat aku pulak.

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

No comments :

Post a Comment

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED