Persiapan sebelum travelling 1.1 (Edisi Muslimah)

Elo!

Apa khabar semua? Hihi. Hari ni macam free sikit nak share. Selama ni, selain busy dengan kerja, aku busy buat itinerary untuk bincang dengan S.G. Aku ada buat template sendiri. Meh aku senaraikan dalam bentuk points apa yang aku dengan S.G buat.

  • Aku dengan S.G senaraikan semua hotel berdasarkan budget yang telah kami persetujui. RM150 satu malam. Tak mustahil. Mesti ada. Ada beberapa website yang boleh dipercayai. Tapi ingat, booking hotel, untuk nubis & amatur, lagi lagi perempuan, banyak perkara yang kena titik beratkan. Contohnya persekitaran. Sila gunakan Google Street View. Contohnya, dah confirm akan sampai dekat airport kan? Okay, so bukak google map, check distance antara airport dengan desired hotel. Tengok berapa jaraknya. Kalau ada public transport yang elok, macam di Jepun & Korea, tak ada masalah. Kalau tak ada, kena cari alternatif lain. Banyakkan buat research, bertanya & baca review dari segi public transportation dan servis lain.
  • Lepas selesai senarai pendekkan hotel hotel yang aku berkenan, aku akan copy semua links dalam words / excel spreadsheet untuk ke website hotel tu  & e-mail ke S.G untuk dia review. Ini lah current status we all. Jauh lagi perjalanan. Dah tak boleh banyak main. Susah nak ajak lepak nowadays sebab masing masing kena bawak laptop and lepak dekat kedai yang ada Wi-Fi. Kalau tak pun, lepak rumah dia. Masalah lepak rumah dia, mesti balik lambat. Hergh. Kalau tak dapat jumpa, kami akan bincang melalui skype. Kiranya itu sesi 'presentation' senarai hotel la. Masa tu la kena kutuk, masa tu la kena kecam, kena keji, sesi gaduh. Haha. Standard la tu.
  • Sambil buat itinerary, we both tak nak bazir masa begitu sahaja. We all pastikan setiap bulan, sekurang kurangnya dapat selesaikan beberapa perkara penting. Sebagai contoh, gaji bulan lepas dah siap beli bag, botol air. Beli yang kecik kecik dulu. Gaji bulan ni dah setuju nak beli tiket penerbangan & buat passport. Fuhh. Harap sangat ada promotion flight ticket!
  • Lepas dah setuju dengan hotel, baru kena bincang pasal tempat yang nak dilawati. Susun ikut masa dalam sehari. Buat anggaran masa untuk setiap lawatan. Contohnya pergi pantai, mustahil sehari suntuk, kan? Tapi bergantung juga dari segi jarak & masa yang dihabiskan dalam perjalanan ke lokasi. Mungkin dalam 2 atau 3 jam awal pagi sebelum tengah hari. Lepas tu balik hotel dulu, rehat. Kemudian sambung aktiviti lawatan lain. Malam kalau boleh selitkan mana mana aktiviti. Tak nak buang masa. Tapi memandangkan percutian kami 10 hari, agak relax la sikit. Banyak aktiviti boleh buat dalam sehari. Pulau pertama 4h3m. Pulau kedua 4h3m. Pulau terakhir, 2h1m. Kami akan cuba susun itinerary bagi best supaya dapat pengalaman yang sangat seronok untuk share dekat blog.
Satu lagi issue yang paling penting bagi seorang wanita. Untuk lelaki, apalah sangat. Baju, seluar kecik, seluar pendek. Thats it. Kalau perempuan? Pakaian dalam sahaja dah 2 atau 3 jenis. Belum masuk seluar. Nak seluar cotton? Seluar jeans? Seluar pendek? Baju? Kena matching dengan bag. Alahai.

Lagipula yang memakai tudung. Sebab tu aku tulis versi muslimah. Sebab orang jarang tulis pasal ni. Kalau tulis pun in general. Meh tengok sikit sikit barang basic untuk di bawa.

  • Telekung. Kalau boleh bawa yang lightweight. Yang jarang tu kalau boleh janganlah sebab macam tak mematuhi syarat pemakaian untuk solat, kan?
  • Mini sejadah. In my case, aku selalu bawak kain tuala lap muka tu je. Janji berlapik. Islam itu mudah kawan kawan!
  • Pakai pakaian yang boleh bawak terus bersolat. Pastikan bersih.
  • 10 hari di negara orang, aku cuma boleh solat jama' selama tiga hari tu je. Hari seterusnya, aku dah kena solat ikut waktu tempatan. Banyak lagi nak kena kaji ni. Sebab pulau pertama 4h 3m. Kiranya hari terakhir tu sahaja aku solat ikut waktu tempatan. I need more infos about this.
  • Tudung! Aku prefer yang tak payah gosok. Aku beli instant shawl lycra yang agak labuh tutup dada. Sebab aku tak selesa kalau tak tutup dada. Kalau lycra, confirm tak payah gosok. Chiffon yang tak perlu gosok pun ada. So far, aku ada lebih dari 10 tudung yang tak perlu di gosok. Memang aku akan bawak. Have to be honest, kalau nak travel, tak payah nak fancy fancy nak melawa sangat. Mungkin aku jenis simple. Aku tak reti nak bergaya sangat. Paling paling pun tudung plain, warna biasa biasa. Itu pun kadang tak matching dengan warna baju. Aku biarkan je. Yang penting aku pakai baju. Aku tak suka nak sulit sulitkan keadaan yang tak sepatutnya di sulitkan. Haha.
  • Baju! Baju pun nothing fancy. Janji selesa. Kemungkinan kembara kami akan masuk hutan. Kalau tak masuk hutan pun, memang nak selesa sepanjang masa. Samaada bawak t-shirt cotton lengan panjang, lycra lengan panjang atau apa sahaja yang selesa. Tapi kemas! Kemas! Kalau dah kedut sangat, memang aku takkan pakai. Aku akan usaha dapatkan seterika. Kalau kedut, pergi kedai beli santan pun aku malu. Tak percaya tanya mak aku. Haha.
  • Seluar! Aku dengan S.G dah sepakat nak cari kain buat seluar gobos. Hantar tailor suruh jahit, Senang. Murah. Lagi satu, pastikan material tak perlu gosok. Macam biasa. Hihi.
  • Pakaian mandi. This have always been my biggest concern. Lepas keluar air, melekap semua baju dekat badan. Aduh. Malu. Tapi biasanya kalau jadi macam tu, suruh la kawan korang cover sekejap. Sambil tu kau tarik tarik la. Agak agak dah confident, keluar. Take turns. Kalau kawan tu tak nak, tak apa. Kau boleh je benam kepala dia dalam air sampai dia taubat untuk beri komitmen. Haha.
  • Mandian. Terus terang, rambut dan kulit aku agak sensitif sedikit tapi bukan tahap kritikal. Sebab kadang kadang syampu, sabun mandi, maybe yang murah dan tak berkualiti. Kulit and rambut aku akan jadi kering and sangat tak selesa. Aku tengah fikir nak beli botol kecik kecik tu nak bawak.
Banyak lagi sebenarnya. Buat masa ni, itu je yang aku boleh fikirkan. Tak boleh nak go in detail lagi melainkan dah memang siap packing atau dah balik dah bercuti baru boleh bagitau, berbaloi atau tidak kuantiti pakaian dan keperluan yang di bawa. Nama pun perempuan kan? Kalau boleh nak bawak satu rumah.

Belum lagi masuk perihal gadget yang nak di bawa. Aku bagitau S.G aku nak bawak dalam 3 biji camera. Action camera, DSLR dengan Instax. Tapi agak agak la kan? So masa ni, kena la bincang dan bertimbang tara dengan kawan masing masing. Aku dengan S.G dah setuju untuk bawak satu instax tapi filem beli sendiri sendiri. Pandai pandai la bahagi dua nanti. Tapi aku rasa tak pakai sangat pun. DSLR, memory card sedia ada dah 16gig. Aku dapat rasakan memang tak cukup sebab aku mungkin nak rakam buat vlog. Mungkin akan beli memory card tambahan. Action camera? Mula ingat nak beli go pro. Tapi aku kena pertimbangkan semula dari segi harga dengan kualiti memandangkan sekarang banyak action camera yang jauh lebih murah, jauh lebih elok dari segi kualiti. Yang itu, akhir akhir nanti pun tak apa. Sebab sesetengah pulau atau beach area, mereka ada sediakan go pro untuk disewa. Yang ini pun aku tak research lagi. 

Tapi aku rasa semua gadget tu bergantung pada aktivit yang bakal kalian jalankan. Kalau memang pergi untuk shopping, bawak compact camera dah cukup. Macam kitorang, we are up to an adventure and more to sight seeing. Shopping tak berapa sangat. Jemu shopping sebenarnya. Sebab perbuatan shopping tu dekat KL pun boleh. Dekat mana pun boleh. Manusia yang selalu duduk bandar ni kurang sightseeing. So, haruslah sightseeing untuk mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Letih duduk dalam hutan konkrit.

Nanti aku share lagi in detail, okay?!

Ayuh Mengembara!
AisyaAzman

 

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

1 comment :

  1. Menarik nie. Kalau nak gi mana mana boleh rujuk entry nie :) - KTC

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED