S.G pergi Jakarta :(

Elo!

Hujung minggu ni akan jadi sepi untuk aku sebab S.G pergi Jakarta. Apakan daya, aku hanya mampu tengok dan lambai. Biasanya hujung minggu lepak minum dengan dia, lepak rumah dia atau gaduh dekat whatsapp. Tapi hujung minggu ni rasa sunyi.

Aku bagitau dia aku nak pergi Aquaria dengan adik aku. Dia tak bagi sebab dia suruh tunggu Sister Day Out nanti. Ah dulik apa aku. Kau enjoy dekat Jakarta aku duduk rumah? Tanak! Baca entry pergi Aquaria dekat sini  .

Masa dia berangkat tu hari Jumaat. Berseronok la dia pack baju, bernyanyi nyanyi. Manakala aku harus bekerja macam biasa. Tengah tekun mencari rezeki, tiba tiba whatsapp masuk..


Punya sedap aku halau halau dia keluar Malaysia, dah sampai pun dia dengan selamat. I cannot help but to feel lonely. Pagi tu aku tengah siap pergi kerja, aku teringat kes kes kapal terbang sebelum ni. Bukan nak fikir buruk ke apa, cuma risau. Tiba tiba air mata bertakung. I cannot live without her. All i can say is that, i am blessed to have a friend like her. Kalau ada masalah, memang aku lari pergi cari dia. Kawan menangis, dia. Kawan tarik rambut, dia. Kawan mengarut, dia. Kawan mencarut, dia. She is more like a sister to me. Dalam banyak persamaan, ada jugak perbezaan. But its okay. Tengok tudung dalam gambar atas tu cukup. Memang beli sama sama, tapi cara penggayaan lain. Cannot help but to kutuk sometimes. Haha. Tapi orang kata itu penyeri kan? Kalau semua nak sama, bosan. Aku pun tak nak.

Weekend tu untuk hilangkan rasa lonely, sebab tu aku pergi aquaria. Boleh? Haha. I guess she is the closest to me after my family. I have to be honest, aku tak percaya dengan boyfriend segala. So most of the time, you will never see me out dating or dengan kekasih bermanja manja mintak kena pijak. I don't believe in that. So basically, she is only one i have and kalau boleh aku nak buat semua sama sama kecuali kahwin. Tak nak aku satu pelamin dengan dia. Gila ke apa? Tapi dia suruh janji jangan kawin dulu. Haha kalau tak nanti dia sorang sorang. Gitu jugak la dengan aku. Kalau boleh jarak kahwin tu tak nak jauh. 

Pastu hari Ahad S.G balik. Hari isnin esoknya dia cuti, Kittew pun cuti hew hew! Tak sabar nak jumpa dia! Pastu dia belikan kita hadiah.




We both love literature & books so so bad! Macam aku cakap, dalam persamaan, ada 1001 perbezaan. Memang kami suka puisi & buku, tapi genre mungkin sikit berbeza. Puisi, mungkin banyak persamaan sebab suka puisi yang berbentuk kekeluargaan, about love and pain. We both agree that Bahasa Indonesia adalah bahasa yang indah dan bahasa puisi. Kalau novel, aku lebih prefer bahasa indonesia dan English daripada bahasa Melayu. Berbanding dengan dia, dia suka novel melayu. Aku tak boleh masuk lansung. Manakala genre, dia lebih suka yang berbentuk cinta cinta (agaknya), aku lebih suka novel yang berbentuk biografi, sejarah, sastera, kasih sayang, keagamaan, nasionalisma, peperangan atau apa sahaja. Tapi tolong eh, novel keagamaan bukan novel Suami Aku Ustaz ke. Bakal Imam ku Romantik ke apa ke. Tolong. Aku geli. To me those are not novels and it is not appropriate. Ramai budak sekolah yang baca. Ramai gadis gadis yang dah mula mengharapkan boyfriend atau suami seperti dalam novel, yang terang terang takkan terjadi. Ramai remaja yang nak jadikan novel tu sebagai realiti. No. Hancur. Writing is different. Kau tulis dengan rasa & rasa tu kau share dengan orang lain. Rata rata industri penulisan sekarang ni banyak mengejar permintaan ramai tapi kualiti hancur. Maaf kalau ada tersinggung mana mana peminat novel terkini, but honestly, aku tak nampak apa apa quality ataupun kebaikan. Mostly about rumah tangga yang kelam kabut? Kahwin paksa? Percintaan sebelum kahwin? Islamik yang tak berapa islamik?

Cuba. Cuba baca buku lain. Bukan Fixi yang menjadi trend terkini. Tapi buku penulisan Tere Liye, Andrea Hirata dan sewaktu dengannya. Its different. Aku boleh jamin. 

Aku kalau dah cerita pasal buku. Lari tajuk asal entry. Sorry!

Bila dia bagi aku buku and hadiah lain tu kan, aku rasa macam she knows me very well. Kalau ada senarai 'Manusia-paling-jarang-dapat-hadiah', please count me in. Aku terharu sangat. Because, i love literature. I love cats and i believe in kindness. Semua tiga tiga tu ada kena mengena dengan kesukaan aku. Walaupun simple, its the thought that counts. Bukan ingat and main beli je hadiah. 

Tapi pada aku, dia ingat aku, dia kenal aku, so all the gifts, dah jadi bukti, that she knows me well. 

I love her so much, with or without the gifts. Jarang sekali aku kehabisan kata. Tapi bila nak zahirkan rasa sayang, aku gagal. 

Sebab tak ada kata yang dapat aku angkat sebagai bukti. 
Cukuplah aku cakap aku sayang. Seharusnya, tak ada kata yang lebih lagi.
Kerana perasaan sayang itu sendiri, 
sudah seadanya tinggi.
I love you, wallahi.
Tinggi sangat, sampai syurga Firdausi.


Fillah,
AisyaAzman


p/s : Sebelum dia berangkat ke Jakarta, dia janji nak bawak aku pergi klinik yang dia sarankan memandangkan aku ada masalah kesihatan bertahun tahun lamanya. Balik daripada Jakarta, dia tak sihat. Batuk batuk. Tapi dia bawak jugak aku pergi klink :')

Hari tu sempat jugak kami sebat beberapa item untuk bawak pergi travel. Baca entry dekat sini.






Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

1 comment :

  1. Sukahati kau je eh kata aku suka novel cinta?!

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED