Dugaan di tahun baru!

Elo!

Dah lama kita tak update blog kan? Sebenarnya kan..

Iphone kita hilang!

Tak tau la nak cerita tentang kejadian ke tidak. Cerita je la eh? Mana tau boleh jadi iktibar dekat bloggers lain. 

Sebenarnya memang ada planning nak jumpa kawan kawan on 1st of January 2016 tempoh hari. Tapi biasalah, kalau dah planning awal awal ni, kejap jadi kejap tidak. Akhirnya jadi. Kiranya last minute planning la. Memandangkan aku tak ada apa apa rancangan, aku setuju je. Kebetulan adik kawan seorang ni tengah demam. Bukan demam biasa. Tapi Denggi. Ingat nak melawat sekali. Begitulah planing asalnya.

Kawan lagi sorang ni ada offer nak datang ambik dekat rumah, tapi aku tak nak sebab rumah dia jauh. Macam kesian pulak. Lagipun niat di hati nak belikan buah tangan. So dah setuju kami bertiga nak jumpa dekat KL sentral. Sorang dari Shah Alam, sorang dari Kepong (kot). Yang dari Kepong tu la akan datang naik kereta and bawak we all pergi Bangi. Sesambil naik tren tu, roger roger la dengan kawan dari Shah Alam ni sebab senang nak jumpa dekat mana mana. Since aku sampai dulu, aku berjalan la sambil memikir nak beli apa sebagai buah tangan. Ternampak kedai buah MBC dekat bawah tu. Kedai tu tak la besau sangat. Kecik je. Buah semua aku dah ambik. Tengah nak bayar. Rasa phone vibrate dalam beg, kawan tu inform dia dah sampai. Aku fikir aku nak settle bayar ni dulu baru aku balas whatsapp dia.

Settle bayar, aku keluar kedai nak balas mesej member tu, phone aku tak ada!

Aku dah berdebar macam apa je. Tertunduk tunduk aku cari phone. Hati aku memang dah tak sedap. Aku terus pergi kedai MBC tanya ada phone jatuh tak. Mesti la diorang kata tak ada. Nak nak masa tu tahun baru, ramai pulak manusia. Warga asing jangan cakap la. Bersepah!

Baru aku teringat, belakang aku ada warga asing lelaki bangsa Indonesia. Dia memang dekat tahap bergesel macam tu. Aku memang syak dia sebab semua rilek je nak bayar. Dia je kabut.

Aku terus naik pergi kaunter pertanyaan, perempuan tu tolong telefon handphone aku. Memang tak dapat. Dia kata dia dah call polis bantuan. Alahai. Cepat betul. Sementara tunggu polis sampai, aku pinjam telefon kaunter tu nak call rumah bagitau mak aku phone aku kena seluk. Mak aku suruh balik je. Ngam ngam aku letak telefon, datang la polis dalam 4 orang nan gagah perkasa tanya macam macam. Lepas tu 4 orang tu escort aku pergi pondok polis. Ah merasa la jadi retis sekejap.

Sampai pondok polis, aku kena beratur tau. BERATUR sebab banyak kes beg kena seluk dalam hari yang sama. Apakah saitan betul la manusia sekarang. Sekali sekala nak keluar, kau buat hal. Hati aku memang penuh sumpah seranah maki hamun semua ada. Sebab Malaysia, rumah aku. Sepatutnya aku rasa selesa nak ke mana mana. Tapi dapat menteri 'bijak', kan? Redho je la.

Sampai rumah, mak aku cakap kawan cari. Kesian diorang tak jumpa aku. Aku terus call diorang cerita pasal apa yang jadi. Diorang kata diorang cari aku lebih 2 jam dekat kedai kedai yang aku selalu pergi macam Sephora, Typo etc. Aku nak rasa bersalah pun tak boleh sebab benda macam tu bukan aku nak. Kan kan kan?

Alhamdulillah ada kawan kawan yang perihatin. Kesian diorang planning nak jumpa semua lambat. Sebenarnya kawan tu nak pergi Denmark, nak buat small farewell party. Ni semua sebab Indon puaka tu ambik phone aku. Disebabkan dia jugak aku tak ada mood nak update blog sebab semua gambar ada dalam phone. Semua benda penting ada dalam tu. Sekarang pakai phone sendu je la. Camera pun buruk. Redha je la.

Aku rasa malu kalau nak mengaku aku sedih sebab phone hilang. Ramai lagi yang hilang keluarga, hilang rumah, hilang nyawa. Aku? Hilang phone? Ish tak nak la. Alhamdulillah rezeki Allah terlalu luas. Aku percaya banyak lagi baik baik yang akan datang :)

Kalau iphone hilang, langkah pertama pergi kedai Machines yang terdekat. Cakap je dekat kaunter phone baru hilang. Dia akan terus lock melalui website. Nak buat sendiri pun boleh tapi macam lembab je nak tunggu sampai rumah, kan? So phone kau akan lock bila si polan tu nak connect dengan internet. Padan muka. Ambik la phone aku. Kau bukan boleh pakai pun. Haha.

Itu la alasan aku kenapa aku dah lama tak update blog. Memang mood aku hilang serta merta. Dah bersawang dah blog ni. Alahai.

Tengok la mana tau, esok esok ada seguni duit depan rumah aku. Aku beli iphone 7 untuk semua kengkawan aku. Haha.

Akhirnya buah yang aku beli untuk adik member aku, aku sedekah je dekat abam polis tu.

SisGundah,
AisyaAzman

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

1 comment :

  1. phone hilang paham paham jela keadaan kita, susah nak contact members apa semua kan T_T
    btw zip bag tak masatu?

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED