Nabi Muhammad suruh kita berniaga

Elo.

Al-kisahnya, aku dah nak tidur. Dah pukul berapa dah ni wey. Esok nak membanting tulang sambil perah keringat cari duit, pendek kata kerja. Tengah sedap ulit ulit rambut, kucing aku mengiau depan pintu. Aku bukak, dia pusing pusing dekat kaki. Aku ingat dia nak keluar rumah buat 'business' ke apa. 'Business' yang kucing aku nak buat, tak ada kena mengena dengan tajuk atas ya! Kucing aku ni suka tidur dengan bapak aku. Aku pun dukung dia bawak masuk bilik bapak aku. Bapak aku cakap

"Ada parcel untuk kamu. Bukak cepat!"
" Eh? "
" Dekat ruang tamu tadi. Kamu tak nampak? "

Rupanya parcel tu ada atas sofa ruang tamu dari aku balik kerja tadi. Sekarang dah pukul 1.15am baru aku tahu. Maklumlah, balik kerja, mata dah separuh terbukak. Aku pun campak kucing aku, lari bukak parcel. Aku memang ada beli baju online dari jenama yang.. macam mana nak cakap eh, tak ramai pun tahu. Aku pun tak nak burukkan mana mana pihak. Cuma sebagai iktibar kepada sesiapa yang berniaga.

Dah bukak parcel,

Eh, kenapa tag baju bukan jenama dia? Dia jual dari jenama lain ke?

Ok. Tenang. Baju seterusnya.

Eh, kenapa bukan warna yang aku mintak?

Ok. Tenang lagi. Aku sarung. Make sure semua lepas. Dari lengan, punggung, perut, semua bagai. Ok. Lulus. Kain pulak. Selesa. Sejuk sikit hati aku. 

Aku ni bukan jenis cepat marah. Tapi kalau aku dah marah, semestinya benda tu serious. Takat baju, jenama lain, warna pun salah, tak de la sampai aku nak melatah report dekat SSM la, kasi viral la. Aku bukan spesis macam tu. Cuma aku rasa, silly mistakes macam ni, shouldn't happen. Pasal brand, kalau kau jual baju dari brand lain, mention. Kalau tak nak orang tahu pun, cabut jenama tu. Tak salah sebab mungkin awak dah beli. Tapi nampak la ke tidak professional-an di situ.

Speaking of professional, aku teringat kes video tudung freedada bak kata Amran Fans. Aku tak nak komen banyak pasal issue tu. Takut terkutuk melebih pulak nanti. Cuma nak tekankan banyak sangat benda yang orang orang kita sengaja lepas pandang. Kalau nak kata banyak sangat order, i am so sure, you would try your very best to avoid mistakes, sebab simple mistakes pun, akan effect perniagaan tu. 

Kembali kepada apa yang Rasulullah SWT tekankan, umatnya berniaga. Rata rata sekarang cepat sangat nak dapat duit. Tapi tak peduli perihal yang lain, yang jauh lebih penting. Berniaga bukan takat tahu halal haram duit itu atau pun tidak. Banyak. Memang kita berniaga, dapat duit. Tak haram. Tapi lupa dengan kelakuan kita pada orang lain? Lupa apa pesan Rasulullah SWT pula tentang hubungan sesama manusia? It has to go together. Both. Berniaga dan hubungan antara manusia.


Ganggu
Aku kalau setakat add aku dekat instagram, like-like gambar aku, aku boleh tahan lagi. Tapi aku ni bukan lah tahap retis sampai beribu-ribu spam masuk semua pasal products. Wey, pada aku jangan ganggu orang. Kalau orang nak beli, dia akan beli. Dia akan cari. Tolong ber-etika sikit dalam mencari duit. Itu tak ada adab namanya. Orang kata part of marketing, sama macam tudung freedada tu. Tak kurang juga yang cakap, itu effort orang tu nak cari duit. Ye la. Cari duit tapi bukan cari berkat.

Tipu
Berapa banyak testimoni yang ditulis sendiri oleh peniaga? Wallahua'lam. Tidak la aku tahu. Hanya peniaga dan Allah sahaja yang tahu. Tak kurang juga yang ambil upah tolong market-kan products. Aku kadang musykil, dia pakai ke product ni sampai gitu sekali dia promote? Kadang tengok cara penulisan, antara product yang betul dia pakai dengan product yang dia tak pakai tapi acah acah pakai, sangat berbeza. Kenapa ya? Why do you have to do that?

Amanah
Baru baru ni ada kawan share dekat whatsapp group, katanya minta tolong viralkan Instagram sekian sekian sebab tak amanah. Katanya, kawan dia beli coklat apa entah dalam balang kaca. Kawannya tu mengandung, mengidam pulak. Sampai parcel dalam tangan, botol pecah. Minta ganti baru, tapi penjual tak nak. Katanya pihak dia dah cuba wrap sebaik mungkin. Kalau pecah, itu salah posmen. Aku memang tak layan #TolongViral because i always believe there is a better way to solve the problem. Aku ni bukan la pengadil untuk tentukan posmen atau pembeli yang salah. Sebab ni ikut budi bicara masing masing. Kalau peniaga tu cakap "Saya ganti baru tapi kos postage awak bayar", atau apa sahaja cara yang dipersetujui dua dua pihak, Aman dunia. Tiada viral.

Aku ni bukanlah peniaga. Walaupun ada kelulusan Business Management & Architecture. Tak ada kena mengena lansung kan? Haha. Aku ada baca buku 'Stories of The Prophets' dari Ibnu Kathir. Aku suka baca sebab ramai yang tahu, Ibnu Kathir terkenal dengan tafsirannya. Jadi dalam cerita cerita Nabi tu, ada ayat ayat Al-Quran yang di ambil dan di tafsir oleh Ibnu Kathir sendiri. 

Aku tertarik dengan cerita Nabi Muhammad SAW. Macam mana Beliau berniaga dan kelakuannya yang menarik perhatian Khadijah RA. Dari sebelum berkahwin lagi, Khadijah RA dah letak sepenuh kepercayaan pada Nabi Muhammad SAW dalam menguruskan kapal kapal di pelabuhan dan setiap barang yang keluar dan masuk. Khadijah RA ada perniagaan yang sangat super duper besar sehinggakan ramai peniaga peniaga lain dari seluruh negara, datang kerana barang yang di jual dan yang paling penting sistem pengurusannya bagus. Sebelum Nabi Muhammad SAW terlibat dengan perniagaan Khadijah RA, pernigaan tu sendiri dah besar. Tapi semakin maju semenjak Nabi Muhammad SAW bekerja dengan Khadijah RA.

Kenapa?

Ramai tahu sifat Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia even aku nak taip semua pun aku segan. Macam mana sifat amanah Beliau, bahasa yang digunakan dalam percakapan, lenggok suara yang dilantunkan. Banyak. Tapi kita-kita tak ikut. Kita cuma ikut sunnah Beliau iaitu, berniaga. Sunnah dalam berniaga? Memang pekerti Nabi kita tiada tolok bandingnya. Tapi bukankah jejak beliau yang patut kita turutkan? Bukan jejak kekayaan semata.

Aku kalau cakap pasal berniaga ni, aku mampu mengeluh sahaja. Bulan Ramadhan dah nak dekat. Pesta duit untuk mereka yang hanya kejarkan duit. Pesta di mana air jagung rasa bandung. Pesta di mana karipap berintikan oksigen. Ada eloknya letak papan tanda "Karipap oksigen RM1 = 3biji. Percuma oksigen". Baru catchy, ye dak? Sedang elok angkat karipap nak makan, boleh digoncang pula intinya sebesar cubitan. Eh. Eh.

Ramai pembeli yang tahu, ini perkara biasa. Memang akan terjadi rata-rata. Tapi tak mampu tahan sebab nafsu. Termasuklah diri sendiri yang hina dina ni. Tapi disebabkan nafsu dan iman yang lemahlah, kita di ambil kesempatan. Begitu. Harap sangat peniaga atau acah peniaga sedar yang issue amanah dan duit ni sangat penting. 

#SisCumaNasihat,
AisyaAzman





Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

2 comments :

  1. kupasan yg sangat baik.

    mmg sekarang macam perniagaan dan kadang-kadang kita lupa untuk terapkan sunnah nabi dalam berniaga =)
    saya pun setuju jugak part yg menulis kaw -kaw best tapi tak pakai pun product tu,


    ReplyDelete
  2. entri yang bagus :)

    fatin follow sini ye. #66

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED