Past Stories.

Elo!

I'VE CHANGED!

No. Not me. The blog. Notice the header and the sidebar? Yeah. I changed it again. The truth is, i am a big fan of minimal designs. Be it a interior designs, architecture, graphic designs, i am so into minimalistic and of course, my fave color would be black, dark red, dark grey, anything dark would be nice. Haha.

A blog is actually represents who you are. Rasanya dah repeat banyak dalam entries sebelum ni kan? Haha.  There are times di mana aku nak blog aku ni nampak girlish. Tahap girlish aku tu tak la geli-ish gitu. Biasa biasa lagi. Masih mengekalkan simplicity. Gitoh. Tapi ada masa, i like it clean, sleek and minimal. Huhu.

Ramai yang tau aku ada kawan baik, si SG ni ha. Malas nak letak nama penuh. Kawan baik ni adalah spesis manusia yang kau boleh gurau kasar, kau tumbuk macam mana pun, dia macam tu je. Tapi tunggu la nanti dia tumbuk kau balik. Do stupid stuffs together and laugh about it bila dah tua nanti. Sekarang belum tua lagi. Haha.

I think our friendship is more than 7 years now. Despite all the similarities, banyak jugak perbezaan. Dari segi lagu, SG ni suka lagi slow slow, R&B. Manakala aku ni, spesis layan heavy metal and post rock. Kalau nak dipecahkan lagi, lagu slow SG ni macam common songs you listen macam Kris Dayanti (zZzZZz). Aku punya jenis slow pulak, masih lagi rock yang slow, macam M83, Hammock, Sigur Ros, Explosions in the sky. Nak aku pecahkan lagi tak? Malas la. Pecahkan sendiri.

Sebenarnya seperti entry sebelum ni, aku ada pungpang cakap nak pergi travel dengan SG, tapi aku terpaksa batalkan hasrat murni tu sebab faktor kewangan. Korang la tak tekan Nuff. Cuba kalau tekan, aku dah tak update blog dah. Sibuk keliling dunia. Haha. Joke. Terpaksa la SG bawak kawan lain sebab dia dah uruskan semua. Kau tunggu la nanti entry dia berjalan. Cuma aku mohon dia jangan tag aku dekat setiap gambar berjalan dia. Bukan takat putuskan silaturrahim, urat tengkuk dia pun aku putuskan. #SisGarang. Eh?

Nasib baik dia spesis memahami. Lama jugak la dia merajuk. Tapi struktur ekonomi sekarang cekik darah beb. Aku nak uruskan mana mana yang penting dulu baru boleh fikir nak berjoli. Ye dak? Aku nak beli kereta dulu, settlekan lesen aku. Baru aku boleh fikir sampingan sampingan ni. Biasalah, kita ada situasi sendiri kan? Rapat mana pun kita dengan seseorang, you have to always put yourself first. Jangan la tahap selfish. Kalau boleh dibincang, maka bincanglah. 

Lagi berapa minggu je dia nak berangkat ke negara orang.

..


..


Aku dah mula rindu walaupun dia ada lagi menyempitkan Malaysia ni ha. I can't deny that :'(

Here's a little update of what's going on in my life so far.

On last 26 March, my friend decided to quit being single. Haha. Due to a very bad phone camera, i didn't manage to catch a good photo of us. Kalau ada pun, aku tanak share because i look like sh*t.

Ok la. Share la satu. Tu muka penyek siapa tu?! Haha
Apa apa pun, Selamat Pengantin Baru, friend :)

Lepas kenduri me and a friend decide nak pergi lepak lepak meng-caffiene kan diri dekat Greenhouse by Muir. Cantik jugak la tempat dia. Aku view website katanya Japanese, but once you enter the cafe, its kinda confusing. Tapi ada peta situ, pandai pandai la ikut. Takkan nak pakai Waze kot kan? Maka berjalanlah kami menuju bahagian pastries dulu. Aku ni jenis suka pastries dari nasi. Lagipun pergi kenduri orang, malu malu nak makan. Konon. Kaut la dalam 3 jenis pastries and salted caramel macchiato. Mak aih, sedap yal. Haha.


A quick look on the interior. Quite fascinating.
Bahagian exterior i tak tangkap sebab panas. 
Kalau nak tengok boleh click sini

Dah duduk siap semua, member jerit cakap sushi beli satu free satu. Gila rugi kalau tak ambik. Bagi sesiapa yang nak pergi, korang kena pergi pukul 3pm sampai 6pm sebab beli sushi satu free satu. Manakala pukul 9pm-11pm, beli satu sushi or pastries dapat free satu. Banyak tu je tip aku boleh kongsi. Tapi save banyak, noks.


Maka terhasilah meja nan penuh dan agak memalukan. Minum coffee, makan pastries tetiba terselit sushi situ. Corak permakanan apakah ini?!

 Sushi nan mantah. Sa-Mantah jiwaku. Eh?

Berpeluh Salted Caramel Macchiato ku.

Dari segi harga, tak mahal. I think standard harga mana mana kedai pastries and sushi yang korang pergi. Minuman pun sama. Aku rasa sama harga dengan Starbucks or Coffeebean. 

Kalau ada yang nak pergi, boleh tengok map, dekat link atas yang aku provide tadi or nah alamat

GREENHOUSE BY MUIR
No.1, Off Jalan Ampang,
Jalan Nipah, Kampung Berembang, 
55000 Kampung Berembang, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kalau waze, cari je Gleneagles Hospital. Lokasinya betul betul sebelah. Boleh la cuba kalau nak, k k k k?

Ahad esoknya, ingat nak berehat dekat rumah. Tapi SG ajak berenang pulak. Aku ni tengah dalam keadaan yang tak dibenarkan berendam. Faham faham la sendiri. Tapi aku pergi je la.

 Duduk di tepian je la dengan buku Orhan Pamuk yang sangat
complex lagi pening nak membaca. Tapi aku suka.

Sambil melayan anugerah ciptaan Allah yang indah. Wah wah.
Sedikit sebanyak dapat hilangkan stress.



SG tak tahu aku update post ni. Kalau dia tau, confirm dia whatsapp aku kendian kendian. Pui.

Clingy Friend,
AisyaAzman


 

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

1 comment :

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED