Ramadhan Mubarak!

Elo!

Dah lama aku tak update any entries kan? Sebenarnya sebelum puasa lagi aku ada notice chatbox aku macam dah berhenti berfungsi. Mp3 player dekat atas pun dah tak berfungsi. Nak betulkan semua tu tapi tak ada masa. Sebenarnya hilang mood sebab aku suka sangat chatbox yang guna pingbusuk tu. Now dah tukar balik pakai Cbox. Aku lebih suka pakai pingbusuk sebab lebih kemas.

Since dah masuk bulan Ramadhan, keadaan di office agak sibuk sebab semua nak settlekan sebelum sambutan Hari Raya. Apalah makna Raya kalau kerja masih tertangguh, kan? Aku tak suka sebab nanti masuk office, banyak kerja yang menanti. Lebih baik aku kasi settle sekarang. Haha.

Finally hari ni macam lapang sikit nak update entry. Baru perasan ada beberapa comments yang menunggu untuk di approve. Maaf korang! Bila blog buat hal, hilang mood.

I am figuring out something here. Ingat nak pakai ready-made template je tapi rasa sayang pulak nak buang template ni sebab memang aku buat sendiri dari hujung ke hujung.

An attempt to change my blog layout with a downloaded template.
Berderau jantung aku. Haha. 

Nasib baik akak bijak. Akak backup dulu template yang lama. Serious la wey, bila kau dah mula bekerja, kau tak de masa sebenarnya nak duduk main main blog ni. Aku ni pun sebab one time tu je aku betul betul commited nak cantikkan blog aku. Lepas tu aku tanak dah. Banyak kerja. Banyak coding kau kena ingat balik. Zaman myspace dulu, handal la. Sekarang banyak benda aku nak kena ingat. Coding coding ni terselit celah celah je.

Okay. Akak dah bernafas secara normal.

Lagi berapa hari je nak raya, kan? Sekejap je sebenarnya masa berlalu. Dah beli baju raya ke belum, tu? Haha. Semoga tidak membazir lagi lagi kaum hawa. Aku memang jarang beli baju raya baru. Aku pakai je apa yang ada. Paling paling pun, handbag baru, kasut baru. Itu je la.

Semoga kita dapat tingkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ni & harapnya kita dapat istiqamah sampai bila bila.

Perut berbunyi,
AisyaAzman

Thank You For the Time Spent, Guys. Do Leave A Comment!

2 comments :

  1. Layout yang sekarang ni cantik sangat. Love it ! :)
    Salam Ramadhan ^_^

    ReplyDelete
  2. raya tahun ni tak meriah.rasa suram je..huhu persiapan pun ala kadar je

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!

COPYRIGHT © 2016 AISYAAZMAN.BLOGSPOT.MY | ALL RIGHTS RESERVED